Skip to content
PendingUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran Akta

12. Penyerahan atau pemfailan dokumen dengan Pendaftar

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap dokumen yang dikehendaki atau dibenarkan untuk diserahkan atau difailkan dengan Pendaftar di bawah Akta ini hendaklah diserahkan atau difailkan melalui sesuatu entiti pengurusan.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), tiap-tiap permohonan kepada Pendaftar untuk apa-apa perakuan atau dokumen atau apa-apa cabutan atau salinan suatu perakuan atau dokumen yang berhubungan dengan suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing yang akan dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat melalui sesuatu entiti pengurusan.

(3)

Sesuatu permohonan boleh dibuat terus kepada Pendaftar jika permohonan itu adalah berkenaan dengan suatu syarikat

Langkawi atau syarikat Langkawi asing dan permohonan itu dibuat oleh seorang anggota syarikat itu untuk suatu perakuan, dokumen, atau suatu cabutan atau salinan suatu perakuan atau dokumen untuk kegunaannya sendiri.

Report

Bahagian III

Penubuhan Syarikat

Bahagian IV

Syer dan Gadaian

Bahagian V

Pengurusan dan Pentadbiran

Bahagian VI

Bahagian VII

Perkiraan dan Pembentukan Semula

Bahagian VIII

Syarikat Langkawi Asing

Bahagian IX

Entiti Pengurusan

Bahagian X

Pelbagai

Schedules