Akta Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2005 (Belum Berkuat Kuasa) · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Pentadbiran Akta
9. Kuasa untuk menjalankan pemeriksaan
Feedback & supportBagi maksud menentukan sama ada sesuatu syarikat
Langkawi atau syarikat Langkawi asing mematuhi Akta ini,
Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya boleh mempunyai akses ke mana-mana tempat atau bangunan dan boleh memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, buku minit, daftar, rekod atau dokumen yang dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini untuk disimpan oleh syarikat itu.
Suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing atau mana-mana pegawai syarikat itu hendaklah, apabila dikehendaki oleh Pendaftar atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya, mengemukakan buku, buku minit, daftar, rekod atau dokumen sedemikian.
Suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing atau mana-mana pegawai syarikat itu yang—
tidak mengemukakan buku, buku minit, daftar, rekod atau dokumen itu sebagaimana yang dikehendaki oleh
Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya di bawah seksyen ini; atau
menghalang atau menggalang Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya semasa menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, kecuali bagi maksud Akta ini atau semasa dalam mana-mana prosiding jenayah, tidak boleh membuat sesuatu rekod mengenai, atau mendedahkan atau memberitahu kepada mana-mana orang lain, apa-apa maklumat yang dia telah memperoleh oleh sebab pemeriksaan sedemikian.
Subseksyen (1) tidak boleh ditafsirkan sebagai mengehadkan atau menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat mana-mana pemeriksaan yang diberikan kepada mana-mana orang oleh mana-mana undang-undang lain.
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 23