Skip to content
PendingUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VI

82. Akaun hendaklah dibentangkan di hadapan mesyuarat

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada seksyen 85, pengarah sesuatu syarikat

Langkawi hendaklah menyebabkan supaya dibentangkan di hadapan

88

Undang-Undang Malaysia

syarikat itu dalam suatu mesyuarat anggota akaun diaudit atau akaun tidak diaudit, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi syarikat itu tidak lebih daripada sembilan bulan selepas tarikh setakat mana telah dibuat akaun diaudit atau akaun tidak diaudit itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu syarikat Langkawi tidak dikehendaki membentangkan di hadapan syarikat itu dalam suatu mesyuarat anggota akaun diaudit atau akaun tidak diaudit, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi syarikat itu sekiranya anggota itu dengan sebulat suara membuat resolusi bahawa akaun sedemikian tidak perlu dibentangkan dalam suatu mesyuarat anggota berkenaan dengan setiap tahun kewangan.

(3)

Jika keingkaran berlaku dalam mematuhi seksyen ini, syarikat

Langkawi itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Sepuluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

Report

Bahagian VII

Perkiraan dan Pembentukan Semula

Bahagian VIII

Syarikat Langkawi Asing

Bahagian IX

Entiti Pengurusan

Bahagian X

Pelbagai

Schedules