Skip to content

Seksyen 89

Hak dan kewajipan juruaudit

of Akta Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2005 (Belum Berkuat Kuasa)

ActIn forceProvision 89 of 127
Seksyen 89

(1)

Tiap-tiap juruaudit bagi suatu syarikat Langkawi hendaklah melaporkan kepada anggota sama ada, pada pendapatnya, akaun syarikat itu telah disediakan dengan berpatutan supaya memberikan gambaran yang benar dan adil mengenai hal ehwal syarikat itu.

(2)

Tiap-tiap juruaudit bagi suatu syarikat Langkawi berhak untuk dibekalkan dengan suatu salinan memorandum dan perkara persatuan syarikat itu dan hendaklah membiasakan dirinya dengan terma dan syarat yang terkandung dalamnya.