Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Kuasa Menggeledah, Menyita dan Menangkap

10. Hal keadaan bagi menggeledah tanpa waran

Feedback & support
(1)

Apabila seseorang pegawai kanan berpendapat bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam atau pada sesuatu premis ada disembunyi, disimpan, diletak atau distor dengan melanggar peruntukan Akta ini, apa-apa samsu gelap, alat mengilang, buku atau dokumen sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen 9(1) dan dia mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai bahawa sebab kelambatan mendapat suatu waran geledah tujuan penggeledahan itu mungkin gagal, dia boleh menjalankan kuasa yang disebutkan dalam seksyen 9

di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu dengan cara yang sepenuh dan secukup-cukupnya seolah-olah dia diberi kuasa berbuat demikian dengan waran.

(2)

Mana-mana pegawai yang berhak boleh memberhenti dan menggeledah dan menyita jika perlu, apa-apa kenderaan yang dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai sebagai digunakan untuk mengangkut apa-apa samsu gelap, alat mengilang atau apa-apa benda lain yang boleh dilucut hak di bawah Akta ini.

Report

Bahagian IV

Peruntukan Mengenai Keterangan dan Perbicaraan

Bahagian V

Jawatankuasa Penasihat

Bahagian VI

Peruntukan Am