Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Kuasa Menggeledah, Menyita dan Menangkap

16. Kesalahan yang boleh ditangkap

Feedback & support
(1)

Mana-mana pegawai yang berhak boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia mempercayai dengan munasabah telah melakukan atau sedang melakukan sesuatu kesalahan terhadap

Akta ini.

(2)

Tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian hendaklah, bersama dengan apa-apa benda yang mengenainya sesuatu kesalahan mungkin telah dilakukan atau sedang dilakukan atau pun yang dipercayai dengan munasabah oleh pegawai yang membuat tangkapan itu sebagai boleh dilucut hak di bawah Akta ini, dibawa ke balai polis atau ke pejabat kastam dan boleh diperiksa, dengan syarat seseorang perempuan tidak boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan.

(3)

Tertakluk kepada subseksyen 14(4), mana-mana pegawai yang berhak yang membuat sesuatu tangkapan di bawah seksyen ini boleh menyita apa-apa benda yang dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai boleh dilucut hak di bawah seksyen tersebut.

Membaharui Undang-Undang (Penghapusan

Samsu Gelap)

Report

Bahagian IV

Peruntukan Mengenai Keterangan dan Perbicaraan

Bahagian V

Jawatankuasa Penasihat

Bahagian VI

Peruntukan Am