Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2017Read it in English
Contents

Bahagian III · Pengerusi, Pegawai, Pekhidmat

11. Ketua Eksekutif

(1)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seseorang bergelar “Ketua Eksekutif” menjadi eksekutif utama dan meletakhakkan padanya apa-apa kuasa dan mempertanggungkan atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Ketua

Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan wajar fungsi dan hal ehwal Lembaga.

(3)

Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am atas pegawai dan pekhidmat lain Lembaga.

(4)

Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

(5)

Jika Ketua Eksekutif tiada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang baik tidak dapat melaksanakan kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain melaksanakan kewajipannya.

Report

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa Lain Lembaga

Bahagian VI

Pendaftaran dan Akreditasi Kontraktor

Bahagian VII

Pendaftaran, Akreditasi, Pemerakuan dan Latihan Personel Binaan

Bahagian VIII

Levi

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules