Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2017Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pendaftaran dan Akreditasi Kontraktor

25. Pendaftaran kontraktor

(1)

Tiada seorang pun boleh menjalankan atau menyiapkan, mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan atau mengaku dirinya sebagai kontraktor, melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini.

(2)

Tiap-tiap perakuan pendaftaran hendaklah mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan.

(3)

Lembaga boleh, bagi maksud pendaftaran kontraktor, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(4)

Lembaga boleh menggantung, membatalkan, mengembalikan semula atau menolak mana-mana pendaftaran mana-mana orang di bawah Akta ini.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 520

(5)

Seseorang yang terkilan dengan keputusan Lembaga yang dibuat di bawah subseksyen (4) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh keputusan Lembaga dimaklumkan kepadanya, merayu kepada Menteri secara bertulis terhadap keputusan itu dan keputusan yang dibuat oleh Menteri adalah muktamad.

Report

Bahagian VII

Pendaftaran, Akreditasi, Pemerakuan dan Latihan Personel Binaan

Bahagian VIII

Levi

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules