Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2017Read it in English
Contents

Bahagian IV · Kewangan

15. Kumpulan Wang

(1)

Maka dengan ini ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;

(b)

wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat yang disediakan oleh Lembaga;

(c)

wang yang didapati daripada penjalanan sistem maklumat industri pembinaan;

(d)

wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(e)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga;

(f)

jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;

(g)

wang yang didapati daripada pendaftaran, akreditasi, pemerakuan dan latihan kontraktor dan personel binaan di bawah Akta ini;

Lembaga Pembangunan Industri 25

Pembinaan Malaysia

(h)

wang yang dipungut dengan cara levi di bawah seksyen 34

Akta ini;

(ha)

wang yang dipungut dan diterima di bawah seksyen 38C;

dan

(i)

segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada,

Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.

Report

Bahagian V

Kuasa Lain Lembaga

Bahagian VI

Pendaftaran dan Akreditasi Kontraktor

Bahagian VII

Pendaftaran, Akreditasi, Pemerakuan dan Latihan Personel Binaan

Bahagian VIII

Levi

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules