Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2017Read it in English
Contents

Bahagian V · Kuasa Lain Lembaga

20. Kuasa untuk meminjam

(1)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Lembaga bagi memenuhi apa-apa obligasinya atau bagi menunaikan apa-apa kewajipannya.

(2)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

peruntukan modal kerja;

(b)

pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;

(c)

pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Lembaga di bawah Akta ini;

(d)

penebusan apa-apa syer atau saham yang Lembaga dikehendaki atau berhak menebusnya; dan

(e)

apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 520

Report

Bahagian VI

Pendaftaran dan Akreditasi Kontraktor

Bahagian VII

Pendaftaran, Akreditasi, Pemerakuan dan Latihan Personel Binaan

Bahagian VIII

Levi

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules