Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian IV · Kewangan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian IV · Kewangan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Perbelanjaan Lembaga sehingga sebanyak yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada
Kumpulan Wang.
Sebelum permulaan setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya, Menteri hendaklah memberitahu
Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan
Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Menteri boleh mengarahkan Lembaga mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
adalah terpakai
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX