Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian VI · Pendaftaran dan Akreditasi Kontraktor
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian VI · Pendaftaran dan Akreditasi Kontraktor
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Lembaga mendapati bahawa kerja pembinaan sedang dijalankan atau telah disiapkan, atau telah diaku janji untuk dijalankan atau disiapkan oleh mana-mana orang yang tidak berdaftar dengan Lembaga di bawah Akta ini, Lembaga hendaklah melalui
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
notis bertulis yang disampaikan kepada orang itu menghendaki orang itu untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau daripada mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan itu, dengan atau tanpa syarat.
Jika Lembaga mendapati bahawa kerja pembinaan sedang dijalankan atau disiapkan, atau telah diaku janji untuk dijalankan atau disiapkan oleh seorang kontraktor berdaftar berlanggaran dengan mana-mana peruntukan Akta ini, Lembaga boleh, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada orang itu, menghendaki orang itu untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan itu, dengan atau tanpa syarat.
Seseorang yang tidak mematuhi kehendak notis di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (1A) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX