Seksyen 12
Pengurus Besar
of Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990
(1)
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang ketua pegawai eksekutif, yang bergelar “Pengurus Besar”, daripada kalangan pegawaiyang dilantik di bawah seksyen 13 dan meletakhakkan padanya apa-apa kuasa dan mempertanggungkan atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga.
(2)
Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi—
(a)
penyediaan program, skim dan projek untuk pertimbangan Lembaga;
(b)
pelaksanaan segala program, skim dan projek Lembaga;
dan
(c)
pelaksanaan keputusan Lembaga dan arahan Pengerusi.
(3)
Pengurus Besar hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am atas pegawai dan pekhidmat lain Lembaga.
(4)
Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
(5)
Jika Pengurus Besar tidak ada buat sementara di dalam
Malaysia atau tidak berupaya buat sementara, oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup, untuk melaksanakan kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain melaksanakan kewajipan Pengurus Besar dalam masa Pengurus
Besar tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.