Lembaga Pembangunan Langkawi Act 1990 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian III · Pengerusi, Pegawai, Pekhidmat
13. Section 13
Feedback & support(1)
Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 14, Lembaga boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar, pegawai dan pekhidmat yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 423
(2)
Tiada seorang pun layak diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga, jika dia, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak, atau kontrak yang dicadangkan, dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.