Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian VI · Perkongsian Liabiliti Terhad Asing
47. Pemberhentian perniagaan di Malaysia
Feedback & supportJika sesuatu perkongsian liabiliti terhad asing terhenti mempunyai tempat perniagaan atau menjalankan perniagaan di
Malaysia, perkongsian liabiliti terhad asing itu hendaklah menyerah simpan suatu notis tentang hakikat itu dengan Pendaftar dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh pemberhentian itu.
Pemberhentian perniagaan itu hendaklah berkuat kuasa apabila notis di bawah subseksyen (1) diserah simpan.
Pada dan dari tarikh penyerahsimpanan notis di bawah subseksyen (1), obligasi perkongsian liabiliti terhad asing itu untuk menyerah simpan apa-apa dokumen dengan Pendaftar hendaklah terhenti kecuali apa-apa dokumen yang sepatutnya telah diserah simpan sebelum tarikh itu.
Pendaftar hendaklah hanya mengeluarkan nama perkongsian liabiliti terhad asing itu daripada daftar apabila habis tempoh enam bulan dari tarikh penyerahsimpanan notis di bawah subseksyen (1).