Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian VI · Perkongsian Liabiliti Terhad Asing

44. Perkongsian liabiliti terhad asing

Feedback & support
(1)

Sesuatu perkongsian liabiliti terhad asing tidak boleh menjalankan perniagaan di Malaysia melainkan jika ia didaftarkan sebagai perkongsian liabiliti terhad asing di bawah Akta ini.

(2)

Sesuatu perkongsian liabiliti terhad asing tidak dianggap sebagai menjalankan perniagaan di Malaysia hanya atas sebab bahawa di Malaysia perkongsian liabiliti terhad asing itu menjalankan aktiviti sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(3)

Seseorang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VII

Penggulungan, Pembubaran dan Pemotongan

Bahagian X

Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965

Bahagian VIII

Bahagian IX

Schedules