Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian V · Penukaran Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad

29. Penukaran daripada perkongsian konvensional kepada perkongsian liabiliti terhad

Feedback & support
(1)

Sesuatu perkongsian konvensional boleh bertukar kepada suatu perkongsian liabiliti terhad jika dan hanya jika pekongsi perkongsian liabiliti terhad yang kepadanya perkongsian konvensional itu akan ditukarkan, terdiri daripada semua pekongsi perkongsian konvensional itu dan tiada orang lain.

(2)

Dalam Bahagian ini, “bertukar”, berhubung dengan sesuatu perkongsian konvensional yang bertukar kepada perkongsian liabiliti terhad, ertinya suatu pemindahan hakmilik harta, kepentingan, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan perusahaan perkongsian konvensional itu kepada perkongsian liabiliti terhad.

Report

Bahagian VI

Perkongsian Liabiliti Terhad Asing

Bahagian VII

Penggulungan, Pembubaran dan Pemotongan

Bahagian X

Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965

Bahagian VIII

Bahagian IX

Schedules