Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian VI · Perkongsian Liabiliti Terhad Asing

45. Pendaftaran perkongsian liabiliti terhad asing

Feedback & support
(1)

Bagi maksud pendaftaran suatu perkongsian liabiliti terhad asing, sebagai tambahan kepada kehendak di bawah seksyen 10, perkongsian liabiliti terhad asing itu hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar—

(a)

suatu salinan terperaku perakuan pendaftaran atau apa-apa dokumen serupa yang lain di tempat pemerbadanannya,

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 743

penubuhannya atau tempat asalnya; dan

(b)

suatu salinan terperaku piagamnya atau instrumen yang menetapkan perlembagaannya, jika ada.

(2)

Apabila berpuas hati bahawa kehendak Akta ini telah dipatuhi dan apabila fi yang ditetapkan dibayar, Pendaftar hendaklah—

(a)

mendaftarkan perkongsian liabiliti terhad asing itu dan memperuntukkan suatu nombor pendaftaran bagi perkongsian liabiliti terhad asing itu; dan

(b)

mengeluarkan satu notis pendaftaran dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar.

Report

Bahagian VII

Penggulungan, Pembubaran dan Pemotongan

Bahagian X

Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965

Bahagian VIII

Bahagian IX

Schedules