Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian II · Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan
15. Peruntukan berhubungan dengan pilihan raya kerajaan tempatan terhenti mempunyai kesan
Feedback & supportWalau apapun yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, semua peruntukan berhubungan dengan pilihan raya kerajaan tempatan hendaklah terhenti berkuat kuasa atau mempunyai kesan.
Semua Anggota Majlis yang memegang jawatan sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini adalah serta-merta terhenti memegang jawatan.
Bagi maksud seksyen ini, “Anggota Majlis” ertinya—
Anggota Lembaga Pengurusan yang dilantik di bawah subseksyen 4(1) *Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973;
Anggota Majlis atau Pesuruhjaya Majlis-Majlis Perbandaran;
Anggota Majlis bagi Majlis Bandaran, Majlis Daerah atau
Majlis Daerah Luar Bandar; dan
Anggota bagi Lembaga Bandaran atau Majlis Tempatan.