Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian II · Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan
4. Penukaran nama dan taraf, dan pengubahan sempadan
Feedback & support(1)
Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan pihak berkuasa tempatan, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menukar nama mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan.
(2)
Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan Menteri dan pihak berkuasa tempatan, boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, menukar taraf sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan.
(3)
Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan Menteri dan
Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengubah sempadan mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan.