Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian VI · Akaun dan Audit

55. Anggaran tahunan hendaklah diluluskan dan dipersetujui

Feedback & support
(1)

Pihak berkuasa tempatan hendaklah tidak lewat daripada sepuluh haribulan November setiap tahun meluluskan anggaran lengkap mengenai hasil dan perbelanjaan pihak berkuasa tempatan itu bagi tahun kewangan yang berikut selepas sahaja daripadanya.

(2)

Anggaran itu hendaklah dalam apa-apa bentuk yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri dan hendaklah diluluskan dalam suatu mesyuarat khas pihak berkuasa tempatan itu.

(3)

Suatu salinan draf anggaran itu hendaklah disampaikan kepada setiap seorang Anggota Majlis tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat itu.

(4)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini pihak berkuasa tempatan itu boleh, menurut budi bicaranya, meluluskan, mengubah suai, menolak atau menambah apa-apa butiran dalam draf anggaran itu.

(5)

Selepas Bajet itu diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan itu,

Bajet itu hendaklah dihantar kepada Pihak Berkuasa Negeri tidak lewat daripada dua puluh haribulan November dan hendaklah

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 171

ditimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri tidak lewat daripada tiga puluh satu haribulan Disember dalam tahun itu dan Pihak Berkuasa

Negeri boleh mengurangkan atau menolak apa-apa butiran perbelanjaan yang terdapat di dalamnya itu.

(6)

Ringkasan Bajet itu sebagaimana diluluskan oleh Pihak

Berkuasa Negeri hendaklah disiarkan dalam Warta dan pihak berkuasa tempatan itu adalah terikat olehnya.

Report

Bahagian VII

Tempat Awam

Bahagian VIII

Pencemaran Anak Sungai

Bahagian IX

Bahagian X

Perkhidmatan Bomba

Bahagian XI

Tempat Perkuburan, Membakar Mayat dan Mengeluarkan Mayat Dari Kubur

Bahagian XII

Kuasa Tambahan Pihak Berkuasa Tempatan

Bahagian XIII

Undang-Undang Kecil

Bahagian XIV

Pelbagai

Bahagian XV

Kadar dan Nilaian

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules