Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian VI · Akaun dan Audit

60. Pengauditan akaun

Feedback & support
(1)

Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh

Pihak Berkuasa Negeri atas syor Ketua Audit Negara hendaklah memeriksa akaun pihak berkuasa tempatan pada seluruh tahun kewangan itu, dan pihak berkuasa tempatan itu hendaklah, sama ada melalui Bendahari atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa tempatan itu, mengemuka dan membentangkan di hadapan juruaudit itu semua buku dan akaun pihak berkuasa tempatan itu bersama dengan semua baucer, kertas, kontrak dan dokumen berhubungan dengannya.

(2)

Adalah menjadi kewajipan juruaudit itu untuk mengemukakan kepada pihak berkuasa tempatan itu pada atau sebelum tiga puluh satu haribulan Oktober setiap tahun pandangan tahunan mengenai akaun pihak berkuasa tempatan itu bagi tahun kewangan yang lalu dan memperakui di dalamnya sama ada atau tidak—

(a)

akaun pihak berkuasa tempatan itu adalah betul;

(b)

akaun yang berasingan berkenaan dengan semua pengusahaan perdagangan telah disimpan;

(c)

akaun yang dikeluarkan itu menunjukkan suatu gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan pihak berkuasa tempatan itu dan mengenai pengusahaan perdagangan;

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 171

(d)

peruntukan yang sewajarnya telah dibuat untuk menebus dan membayar balik semua wang yang dipinjam oleh pihak berkuasa tempatan itu;

(e)

amaun yang diasingkan untuk susutan dan pembaharuan aset pihak berkuasa tempatan itu cukup; dan

(f)

semua kehendak juruaudit telah dipatuhi.

(3)

Juruaudit itu boleh menyatakan dalam pandangan tahunannya pendapatnya atas semua soal yang timbul daripada perakuan yang diberi olehnya di bawah subseksyen (2) dan boleh dalam pandangan itu menarik perhatian kepada semua hal dalam mana dia berpendapat bahawa peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain telah tidak dijalankan atau bahawa apa-apa perbuatan, perkara atau hal telah dilaksana atau dijalankan tanpa kuasa yang sewajarnya.

(4)

Akaun yang telah diaudit bersama-sama dengan pandangan juruaudit atasnya itu hendaklah dibentangkan di hadapan pihak berkuasa tempatan itu dalam mesyuarat biasanya yang pertama berikut dan hendaklah disiarkan dalam Warta.

(5)

Suatu salinan penyata dan akaun hendaklah dihantar kepada

Pihak Berkuasa Negeri yang akan menyebabkannya dibentang dalam

Dewan Negeri dan, bagi Bandaraya Kuala Lumpur dalam Dewan

Rakyat.

Report

Bahagian VII

Tempat Awam

Bahagian VIII

Pencemaran Anak Sungai

Bahagian IX

Bahagian X

Perkhidmatan Bomba

Bahagian XI

Tempat Perkuburan, Membakar Mayat dan Mengeluarkan Mayat Dari Kubur

Bahagian XII

Kuasa Tambahan Pihak Berkuasa Tempatan

Bahagian XIII

Undang-Undang Kecil

Bahagian XIV

Pelbagai

Bahagian XV

Kadar dan Nilaian

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules