Skip to content

Seksyen 14

Menteri Kewangan boleh membuat peraturan-peraturan—

of Akta Loteri 1952

ActIn forceProvision 15 of 19
Seksyen 14

(a)

menetapkan sesuatu yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini;

(b)

memperuntukkan cara bagaimana duti yang dikenakan di bawah Akta ini kena dibayar, termasuk pembayaran dengan cara setem atas tiket dan pembayaran akan dibuat pada masa tiket itu ditandakan atau diterakan oleh pegawai yang ditentukan dalam peraturan-peraturan tersebut;

(c)

menetapkan apa-apa perkara lain yang mungkin perlu bagi maksud menjalankan maksud Akta ini;

(d)

menetapkan atau melarang pemilikan mesin yang dikendalikan dengan kuasa elektrik atau kuasa jentera atau apa-apa alat yang digunakan bagi menaja suatu loteri