Skip to content

Seksyen 8

Duti ke atas loteri

of Akta Loteri 1952

ActIn forceProvision 8 of 19
Seksyen 8
(1)

Suatu duti hendaklah dikenakan ke atas jumlah amaun yang dikumpul oleh penaja sesuatu loteri sebagaimana ditunjukkan dalam akaun yang dikehendaki dibuat dan sebagaimana diluluskan akhirnya oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 7, yang dutinya adalah sedemikian peratus daripada jumlah amaun tersebut sebagaimana ditetapkan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta:

Dengan syarat bahawa Menteri Kewangan boleh mengecualikan kesemua atau sebahagian daripada pembayaran duti sesuatu loteri tersebut atau kelas loteri kesemua atau sebahagian daripada hasil yang mana akan digunakan untuk perkhidmatan sosial dan kebajikan atau bagi maksud kedermawanan atau khairat atau bagi sesuatu maksud lain sebagaimana diluluskan oleh Menteri Kewangan.

(2)

Duti tersebut hendaklah dibayar oleh penaja loteri itu:

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 288

Dengan syarat bahawa jika suatu loteri ditaja oleh suatu pertubuhan dan penaja mungkir membayar duti atau sesuatu bahagian daripadanya pemegang jawatan pertubuhan itu dan pertubuhan itu sendiri adalah bertanggungan bersesama dan berasingan terhadap pembayaran sesuatu amaun yang kena dibayar berkenaan dengan duti itu.

(3)

Duti sedemikian hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan dan boleh didapatkan kembali dengan sesuatu jalan dan cara yang sedang berkuat kuasa bagi mendapatkan kembali hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.