Skip to content

Seksyen 4

Kuasa Menteri Kewangan memberi permit

of Akta Loteri 1952

ActIn forceProvision 4 of 19
Seksyen 4
(1)

Menteri Kewangan menurut budi bicaranya boleh memberi permit kepada mana-mana orang atau pertubuhan bagi menaja suatu loteri, sama ada awam atau persendirian, bagi maksud mengumpul wang yang akan digunakan dalam membantu sesuatu organisasi, institusi, badan atau perkhidmatan kedermawanan, agama, pelajaran atau kebajikan, atau sesuatu kerja tertentu yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagian daripadanya atau bagi membaiki keadaan sosial atau bagi kemajuan kebajikan masyarakat atau sesuatu bahagian daripadanya dalam apa-apa cara atau cara-cara tertentu atau bagi sesuatu maksud lain yang bersifat khairat:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa wang yang dikumpulkan sedemikian boleh digunakan bagi apa-apa maksud berkaitan dengan agama Islam:

Dengan syarat selanjutnya bahawa jika suatu loteri persendirian ditaja oleh suatu pertubuhan yang matlamatnya lebih banyak bersifat sosial atau kesukanan, maksud yang mana wang itu dikumpulkan boleh meliputi memajukan matlamat pertubuhan tersebut.

(2)

Permit tersebut boleh diberi sama ada berkenaan dengan suatu loteri tertentu atau berkenaan dengan suatu siri atau bilangan loteri yang akan ditaja alam sesuatu tempoh masa sebagaimana ditentukan oleh Menteri Kewangan dalam permit itu.

(3)

Permohonan bagi mendapatkan permit di bawah Akta ini hendaklah dibuat dengan apa-apa cara dan bentuk yang ditetapkan.

(4)

Menteri Kewangan, pada bila-bila masa, boleh menarik balik permit yang telah diberi di bawah seksyen ini, atau menambah kepada, mengubah atau memotong sesuatu syarat yang dikenakan dalam permit tersebut.

(5)

Seseorang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Menteri

Kewangan yang menolak atau menarik balik mana-mana permit atau mengenakan sesuatu syarat dalam memberi suatu permit boleh

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 288

merayu kepada Yang di-Pertuan Agong yang mana keputusannya adalah muktamad.