Seksyen 6
Penyiaran prospektus loteri awam
Penaja suatu loteri awam, atas penajaan loteri tersebut, hendaklah menyebabkan disiarkan dalam Warta atau dengan sesuatu cara lain sebagaimana diarahkan oleh Menteri Kewangan, suatu prospektus loteri tersebut yang menyatakan-
(a)
maksud am atau khas yang baginya wang yang dikumpulkan akan digunakan;
(b)
amaun dan bilangan hadiah yang ditawarkan di dalamnya;
(c)
bilangan tiket atau nasib di dalamnya yang ditawarkan untuk jualan dan harga dan peringkat nilai tiket atau nasib tersebut;
(d)
tarikh pembukaan dan penutup bagi jualan atau pembahagian tiket atau nasib di dalamnya;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 288
(e)
masa, tempat dan cara bagaimana pemenang hadiah di dalamnya akan ditentukan;
(f)
syarat yang tertakluk kepadanya sesuatu tiket atau nasib di dalamnya akan ditawarkan untuk jualan dan menurut mana loteri tersebut akan dijalankan;
(g)
apa-apa perkara lain sebagaimana diarahkan oleh Menteri
Kewangan.