Seksyen 3
of Akta Majlis Amanah Rakyat 1966
Seksyen 3
Suatu pertubuhan perbadanan yang bernama “Majlis Amanah
Rakyat” dengan ini ditubuhkan (dalam Akta ini disebut “Majlis”)
yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya sendiri dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau menjalankan urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Majlis mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut.
(2)
Jadual Pertama hendaklah mempunyai kuat kuasa berkenaan dengan Majlis.
Majlis Amanah Rakyat 9
(3)
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
seorang Timbalan Pengerusi; dan
(c)
tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada sembilan orang anggota lain yang daripadanya tidak kurang daripada tiga orang hendaklah merupakan pegawai awam.
(4)
Menteri hendaklah, berkenaan dengan setiap anggota
Majlis yang merupakan seorang pegawai awam, melantik seorang anggota silih ganti yang boleh menghadiri mana-mana mesyuarat
Majlis yang tidak dapat dihadiri oleh anggota itu kerana apa-apa jua sebab pun dan anggota silih ganti itu, apabila menghadiri mesyuarat itu, hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Majlis.
(5)
Jika Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya di bawah
Akta ini kerana sakit, tidak berada di Malaysia atau kerana apa-apa jua sebab pun, Menteri boleh melantik mana-mana orang lain, sama ada atau tidak dia seorang anggota Majlis, sebagai
Pengerusi sementara yang hendaklah melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa Pengerusi di bawah Akta ini.
(6)
Seseorang anggota Majlis, selain Pengerusi, hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, dan layak untuk dilantik semula:
Dengan syarat bahawa seseorang anggota, selain Pengerusi, tidak boleh memegang jawatan selama tempoh yang melebihi dua tahun pada mana-mana satu masa.