Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian IV · Kewangan
13. Penubuhan Kumpulan Wang
Feedback & supportBagi maksud Akta ini dengan ini ditubuhkan suatu kumpulan wang (dalam Akta ini disebut “Kumpulan Wang”) yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Majlis.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen;
apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Majlis daripada kumpulan wang pinjaman;
segala jumlah wang yang dari semasa ke semasa diterima oleh atau kena dibayar kepada Majlis berkenaan dengan pembayaran balik mana-mana pinjaman yang diberikan oleh Majlis dan bunga yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana pinjaman itu;
wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
wang yang diperoleh atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Majlis;
Majlis Amanah Rakyat 15
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Majlis;
jumlah wang yang dipinjam oleh Majlis bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Majlis berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.
Dalam seksyen ini, ungkapan “kumpulan wang pinjaman”
ertinya apa-apa jumlah wang yang dijadikan tersedia dari semasa ke semasa oleh Kerajaan dengan cara pinjaman.