Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian VI · Peruntukan Pelbagai
28. Perlindungan bagi Majlis
Feedback & supportTiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang dijalankan di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—
(a)
terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Majlis;
Majlis Amanah Rakyat 21
(b)
terdapat pelanggaran perenggan 4 Jadual Pertama oleh seseorang anggota Majlis yang berhubungan dengan penzahiran kepentingan oleh seseorang anggota; atau
(c)
terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.