Skip to content

Seksyen 35

Prosiding sivil

of Akta Majlis Amanah Rakyat 1966

ActIn forceProvision 36 of 47
Seksyen 35

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Majlis atau mana-mana perbadanan—

(a)

mana-mana orang yang memegang jawatan Peguam

Persekutuan dan diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu; atau

(b)

mana-mana pegawai Majlis yang diberi kuasa bagi maksud itu melalui arahan khas atau am Pengerusi, boleh, bagi pihak Majlis atau perbadanan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memulakan, menghadiri dan menjalankan prosiding itu dan boleh membuat dan melakukan segala kehadiran, perbuatan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu.