Skip to content

Seksyen 11

Kuasa tambahan

of Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024

ActIn forceProvision 11 of 24
Seksyen 11
(1)

Sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan kuasa sedia ada Agensi di bawah Akta ini, apabila mengiring dan menjaga mana-mana orang dalam jagaan Agensi, seorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Koperal dan lebih rendah dan kuasa seorang pegawai penjara yang berpangkat Sarjan dan lebih rendah di bawah

Akta Penjara 1995 [Akta 537].

(2)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

jika suatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh pegawai Agensi dan bagi maksud itu, tempat perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai

Daerah Polis di bawah jagaannya;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 860

(b)

pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis; dan

(c)

pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara

Jenayah dan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang

Tidak Diingini 1969 [Akta 7], dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangannya, tetapi sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, peruntukan

Akta ini hendaklah dipakai.