Skip to content

Seksyen 14

Perbelanjaan

of Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024

ActIn forceProvision 14 of 24
Seksyen 14
(1)

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh mana-mana orang berbangkit daripada syarat yang dikenakan oleh pegawai

Agensi dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini hendaklah ditanggung oleh orang itu sendiri.

(2)

Tiada pampasan boleh dibayar kepada mana-mana orang bagi apa-apa kerugian akibat pelupusan oleh pegawai Agensi bagi mana-mana barang-barang yang dilucut hak atau disifatkan telah dilucut hak di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis yang berkaitan.

(3)

Kos pemegangan apa-apa barang-barang atau dokumen yang dipegang dalam jagaan pegawai Agensi sementara menunggu apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan selesai hendaklah ditanggung oleh mana-mana orang yang disabitkan dengan kesalahan itu dan hendaklah didapatkan semula sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.

Wang yang dikutip atau diterima