Skip to content

Seksyen 12

Bantuan dan penyelarasan

of Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024

ActIn forceProvision 12 of 24
Seksyen 12
(1)

Agensi boleh, dalam menjalankan fungsi dan kuasanya di bawah Akta ini, mengguna khidmat atau menghendaki apa-apa bantuan daripada, mana-mana orang atau pihak berkuasa berwibawa.

(2)

Agensi dan pihak berkuasa berwibawa hendaklah membuat penyelarasan, berunding dan berhubung secara rapat antara satu sama lain dan memberikan bantuan kepada satu sama lain bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.