Seksyen 19
Kad kuasa
of Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024
Kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai
Agensi dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan di bawah Akta ini.
(2)
Apabila pegawai Agensi menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, pegawai itu hendaklah, apabila tidak memakai pakaian seragam, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan menunjukkan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).
(3)
Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai Agensi yang bertindak atau yang berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu tidak memakai pakaian seragam dan enggan untuk mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasanya, apabila diminta berbuat demikian oleh orang itu.