Skip to content

Seksyen 17

Obligasi kerahsiaan

of Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024

ActIn forceProvision 17 of 24
Seksyen 17
(1)

Kecuali bagi apa-apa maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh

Ketua Pengarah—

(a)

tiada seorang pun pegawai Agensi sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa menjalankan kewajipannya; dan

(b)

tiada seorang lain pun yang dengan apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Agensi boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

(2)

Nama, alamat, nombor kad pengenalan dan nombor pasport pemberi maklumat dan kandungan maklumat yang diterima daripada pemberi maklumat hendaklah disimpan rahsia dan tidak boleh dizahirkan oleh mana-mana pegawai Agensi atau mana-mana orang yang dalam penjalanan biasa kewajipannya memiliki atau mempunyai kawalan ke atas atau akses kepada maklumat itu kepada mana-mana orang kecuali pegawai Agensi yang ditetapkan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 15

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948