Skip to content

Seksyen 20

Pakaian seragam

of Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024

ActIn forceProvision 20 of 24
Seksyen 20
(1)

Pegawai Agensi hendaklah dibekalkan dengan pakaian seragam dan kelengkapan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah melalui Perintah Tetap yang dikeluarkan di bawah seksyen 23.

(2)

Tiap-tiap pegawai Agensi hendaklah memakai pakaian seragam dan kelengkapan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah semasa bertugas melainkan jika dikecualikan secara bertulis oleh

Ketua Pengarah.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 860

(3)

Apabila seseorang terhenti menjadi pegawai Agensi, dia hendaklah, dalam masa empat belas hari, menyerahkan kepada orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu pakaian seragam dan kelengkapannya yang telah dibekalkan kepadanya.

(4)

Mana-mana orang yang, setelah terhenti menjadi pegawai

Agensi, tanpa sebab yang munasabah, tidak mematuhi subseksyen (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan, sebagai tambahan, bolehlah dipertanggungkan untuk membayar nilai pakaian seragam dan kelengkapannya yang tidak diserahkan dan boleh didapatkan semula seolah-olah suatu denda.

Membawa senjata