Skip to content
In forceUpdated to 17 Oct 2024Read it in English

Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Agensi

7. Kuasa Agensi

Feedback & support
(1)

Pegawai Agensi hendaklah mempunyai, bagi maksud

Akta ini, segala kuasa yang boleh dijalankan oleh pihak berkuasa berwibawa di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan dan boleh melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsi Agensi di bawah seksyen 6.

(2)

Pegawai Agensi hendaklah mempunyai kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]

berhubung dengan penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan, dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangannya.

Report