Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2016 · As enacted · Bahagian VI · Bahagian VI Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
134A. Islam
Feedback & supportTanpa menjejaskan seksyen 134, dalam penggulungan anggota penerima deposit yang telah diluluskan di bawah perenggan 15(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam—
aset anggota penerima deposit itu yang diperoleh dalam penjalanan perniagaannya selain perniagaan perbankan Islamnya, hendaklah digunakan untuk
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)
45
menunaikan liabiliti yang ditanggung dalam penjalanan perniagaannya selain perniagaan perbankan Islam, dalam turutan yang dinyatakan dalam seksyen 134; dan
jika aset anggota penerima deposit yang disebut dalam perenggan (a) berlebihan selepas pembayaran telah dibuat untuk menunaikan liabilitinya di bawah perenggan (a), apa-apa lebihan aset anggota penerima deposit itu hendaklah digunakan untuk menunaikan liabiliti anggota penerima deposit itu di bawah subseksyen (2).
Tanpa menjejaskan seksyen 134, dalam penggulungan anggota penerima deposit yang telah diluluskan di bawah perenggan 15(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam—
aset yang diperoleh oleh anggota penerima deposit dalam penjalanan perniagaan perbankan Islamnya—
tidak tertakluk kepada hutang anggota penerima deposit kecuali berkenaan dengan perniagaan perbankan Islam atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (b); dan
hendaklah tersedia untuk menunaikan semua liabiliti anggota penerima deposit itu berkenaan dengan deposit Islamnya di
Malaysia dalam keutamaan daripada semua liabiliti tidak bercagar yang lain yang ditanggung dalam penjalanan perniagaan perbankan Islamnya, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1)
Akta Syarikat 1965 dalam turutan yang dinyatakan dalam subseksyen itu dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada
Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding
Kerajaan 1956, yang berpunca daripada perniagaan perbankan Islamnya sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dan aturan keutamaan bagi pembayaran kategori yang berlainan bagi deposit Islam boleh ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 209; dan
Undang-Undang Malaysia 46
jika aset anggota penerima deposit yang disebut dalam perenggan (a) berlebihan selepas pembayaran dibuat untuk menunaikan liabilitinya di bawah subperenggan (a)(ii), apa-apa lebihan aset anggota penerima deposit itu hendaklah digunakan untuk menunaikan liabiliti anggota penerima deposit itu termasuk liabiliti anggota penerima deposit di bawah seksyen 134 dalam aturan keutamaan yang dinyatakan di dalamnya.
Walau apa pun subperenggan (2)(a)(ii), peraturan-peraturan boleh ditetapkan di bawah seksyen 209 untuk menentukan dan mengelaskan aset yang tersedia dan penggunaan hasil pelupusan aset itu bagi menunaikan mana-mana atau mana-mana bahagian liabiliti anggota penerima deposit itu.
Keutamaan pembayaran dalam penggulungan anggota penerima deposit yang merupakan bank Islam 134b. (1) Dalam penggulungan anggota penerima deposit yang merupakan bank Islam di dalam atau di luar Malaysia, aset anggota penerima deposit itu hendaklah tersedia untuk menunaikan semua liabiliti anggota penerima deposit itu berkenaan dengan deposit Islamnya di Malaysia dalam keutamaan daripada semua liabiliti tidak bercagar lain anggota penerima deposit itu selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1) Akta Syarikat 1965 dalam turutan yang dinyatakan dalam subseksyen itu dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956 dan aturan keutamaan bagi pembayaran kategori yang berlainan bagi deposit Islam boleh ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 209.
Walau apa pun subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh ditetapkan di bawah seksyen 209 untuk menentukan dan mengelaskan aset yang tersedia dan penggunaan hasil pelupusan aset itu bagi menunaikan mana-mana atau mana-mana bahagian liabiliti anggota penerima deposit itu.”.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)