Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2016 · As enacted · Bahagian VI · Bahagian VI Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
142A. “Keutamaan pembayaran dalam penggulungan pengendali takaful
Feedback & supportDalam penggulungan pengendali takaful, aset suatu kumpulan wang takaful bagi apa-apa kelas atau perihalan perniagaan takaful yang ditubuhkan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 hendaklah digunakan untuk menunaikan liabiliti kepada pemunya sijil atau penuntut yang sepatutnya berkenaan dengan kumpulan wang takaful itu dan liabiliti itu hendaklah mempunyai keutamaan atas semua liabiliti tidak bercagar kumpulan wang takaful itu termasuk apa-apa qard atau apa-apa bentuk sokongan kewangan lain yang disebut dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, selain apa-apa cukai yang dinyatakan dalam perenggan 292(1)(f)
Akta Syarikat 1965 yang berpunca daripada kumpulan wang takaful.
Dalam penggulungan pengendali takaful—
jika aset suatu kumpulan wang takaful yang diuruskan oleh pengendali takaful berlebihan, selepas pembayaran telah dibuat untuk menunaikan liabilitinya di bawah subseksyen (1), lebihan aset kumpulan wang takaful itu hendaklah digunakan dalam turutan yang berikut:
pertama, untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang takaful lain yang diuruskan oleh pengendali takaful yang tidak mencukupi dan sekiranya bagi
Undang-Undang Malaysia 48
maksud ini terdapat dua atau lebih kumpulan wang takaful—
yang berlebihan, lebihan itu hendaklah digunakan mengikut kadar lebihan dalam setiap kumpulan wang takaful untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang takaful yang tidak mencukupi; atau
yang tidak cukup, lebihan itu hendaklah digunakan mengikut kadar amaun yang tidak mencukupi itu untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang takaful yang tidak mencukupi; dan
kedua, apa-apa maksud lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan;
apa-apa ketidakcukupan dalam aset suatu kumpulan wang takaful untuk menunaikan liabilitinya di bawah subseksyen (1) akan ditunaikan—
pertama, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (a), dengan lebihan aset kumpulan wang takaful lain; dan
sekiranya lebihan aset itu tidak mencukupi untuk menunaikan liabiliti itu maka baki liabiliti itu hendaklah dipenuhi dengan lebihan aset kumpulan wang pemegang syer selepas pembayaran telah dibuat untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang pemegang syer itu di bawah subseksyen (3); atau
menurut subperenggan (b)(ii), jika aset kumpulan wang pemegang syer berlebihan, lebihan aset itu hendaklah digunakan untuk menunaikan liabiliti mana-mana kumpulan wang takaful yang tidak mencukupi, dan sekiranya lebihan aset itu digunakan untuk menunaikan liabiliti dua atau lebih kumpulan wang takaful yang asetnya tidak mencukupi, lebihan aset itu hendaklah digunakan mengikut kadar amaun yang tidak mencukupi itu.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)
Dalam penggulungan pengendali takaful, aset kumpulan wang pemegang syernya hendaklah digunakan untuk menunaikan liabiliti kepada pemunya sijil setakat yang berpunca daripada kumpulan wang pemegang syer itu dan liabiliti itu hendaklah mempunyai keutamaan atas semua liabiliti tidak bercagar pengendali takaful, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1) Akta Syarikat 1965 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada
Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956.
Keutamaan pembayaran dalam penggulungan syarikat insurans 142b. (1) Dalam penggulungan syarikat insurans, aset suatu kumpulan wang insurans hendaklah digunakan untuk menunaikan liabilitinya kepada pemunya polisi dan penuntut di bawah polisi kumpulan wang itu dan liabiliti ini hendaklah mempunyai keutamaan atas liabiliti tidak bercagar kumpulan wang itu, selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 292(1) Akta Syarikat 1965 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956, setakat yang ia dikadarkan kepada kumpulan wang insurans.
Tertakluk kepada subseksyen (1)—
aset suatu kumpulan wang insurans yang ditubuhkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 hendaklah digunakan pertamanya untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang itu;
jika aset suatu kumpulan wang insurans, selain suatu kumpulan wang hayat yang berhubungan dengan polisi hayat sertaan, melebihi liabilitinya, lebihan aset itu boleh digunakan untuk menunaikan liabiliti kumpulan wang insuransnya yang lain yang tidak mencukupi dan sekiranya lebihan aset bagi dua atau lebih kumpulan wang insurans digunakan, lebihan aset itu hendaklah digunakan mengikut kadar atas amaun lebihan itu dan sekiranya lebihan aset itu digunakan untuk menunaikan liabiliti dua atau lebih kumpulan wang insurans yang tidak mencukupi, lebihan aset itu hendaklah digunakan mengikut kadar amaun yang tidak mencukupi itu;
Undang-Undang Malaysia 50
apa-apa ketidakcukupan yang masih ada selepas penggunaan aset kumpulan wang insurans di bawah perenggan (a) dan (b) hendaklah ditunaikan daripada aset kumpulan wang pemegang syer, dan liabiliti yang tidak dipenuhi kepada pemunya polisi dan penuntut di bawah suatu polisi hendaklah mempunyai keutamaan atas liabiliti tidak bercagar yang lain selain hutang keutamaan yang dinyatakan di bawah subseksyen 292(1)
Akta Syarikat 1965 dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10 Akta Prosiding Kerajaan 1956; dan
apa-apa aset lain yang dipegang oleh syarikat insurans itu, termasuk lebihan aset dalam suatu kumpulan wang hayat yang berhubungan dengan polisi hayat sertaan, hendaklah digunakan dengan cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan.
Penilaian aset dan liabiliti suatu pengendali takaful atau syarikat insurans 142c. (1) Dalam penggulungan pengendali takaful, termasuk bekas anggota penanggung insurans yang keanggotaannya telah dibatalkan di bawah seksyen 38 atau ditamatkan di bawah seksyen 39 dan sama ada kumpulan wang pemegang syernya atau mana-mana kumpulan wang takaful yang diuruskan olehnya tidak solven atau tidak, nilai aset dan liabiliti kumpulan wang pemegang syer dan kumpulan wang takaful itu, termasuk liabiliti berkenaan dengan sijil takaful, hendaklah dipastikan atas asas sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dan undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan atau ketidaksolvenan tidak terpakai bagi penilaian liabiliti itu.
Dalam penggulungan apa-apa syarikat insurans, termasuk bekas anggota penanggung insurans yang keanggotaannya telah dibatalkan di bawah seksyen 38 atau ditamatkan di bawah seksyen 39 dan sama ada ia tidak solven atau tidak, nilai aset dan liabilitinya, termasuk liabiliti berkenaan dengan polisi, hendaklah dipastikan atas apa-apa asas sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dan undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan atau ketidaksolvenan tidak terpakai bagi penilaian liabiliti itu.”.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)