Seksyen 33
Subseksyen 69(4) Akta ibu dipinda—
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2016
(a)
dalam teks bahasa Inggeris—
(i)
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan
“takaful general certificates” dengan perkataan
“general takaful certificates”;
(ii)
dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan
“group general certificate” dengan perkataan
“group general takaful certificate”;
(iii)
dalam perenggan (h), dengan menggantikan perkataan
“group general certificates” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “group general takaful certificates”; dan
(iv)
dalam perenggan (j), dengan menggantikan perkataan
“general certificate”, “group general certificates”
dan “group general certificate” di mana-mana jua terdapat, masing-masing dengan perkataan
“general takaful certificate”, “group general takaful certificates” dan “group general takaful certificate”; dan
(b)
dalam teks bahasa kebangsaan dalam perenggan (h), dengan menggantikan perkataan “sijil takaful am atau polisi am kumpulan” dengan perkataan “sijil takaful am kumpulan atau polisi am kumpulan”.