Skip to content

Seksyen 17

Kuasa untuk melantik jawatankuasa

of Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992

ActIn forceProvision 17 of 38
Seksyen 17
(1)

Perbadanan boleh melantik jawatankuasa bagi apa-apa maksud yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan apa-apa fungsi dan kuasanya; mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya seorang anggota

Perbadanan dan bolehlah dilantik ke jawatankuasa itu mana-mana orang lain yang difikirkan sesuai oleh Perbadanan.

(2)

Jawatankuasa yang dilantik itu hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 17

(3)

Mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan dari semasa ke semasa dan Perbadanan boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu.

(4)

Jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang, yang pada pendapatnya mempunyai pengetahuan khusus untuk kebaikannya, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa dan orang yang dijemput itu tidak berhak mengundi dalam mana-mana mesyuarat berkenaan.

(5)

Jawatankuasa hendaklah melaporkan syornya kepada

Perbadanan.