Seksyen 18
Kuasa untuk mewakilkan
of Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992
Perbadanan boleh, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, had atau sekatan, sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan, mewakilkan kepada mana-mana Jawatankuasa, atau kepada Pengerusi, atau kepada Ketua Pegawai Eksekutif, atau kepada mana-mana orang lain, kuasa dan kewibawaan untuk menjalankan atau melaksanakan bagi pihaknya kuasa atau fungsi yang diletakhakkan pada atau dipertanggungkan atas Perbadanan di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan, kecuali kuasa untuk meminjam wang atau membuat peraturan-peraturan; dan apa-apa kuasa atau fungsi yang diwakilkan sedemikian boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh Jawatankuasa berkenaan, atau Pengerusi, atau
Ketua Pegawai Eksekutif, atau mana-mana orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, di atas nama dan bagi pihak Perbadanan.
(2)
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1) dan peruntukan lain
Akta ini, Perbadanan boleh mewakilkan sama ada kepada Pengerusi atau kepada Ketua
Pegawai
Eksekutif kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada
Kumpulan
Wang atau mana-mana wang lain yang diletakhakkan pada atau yang di bawah kawalan Perbadanan sehingga had yang hendaklah dinyatakan oleh Perbadanan.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 490