Skip to content

Seksyen 7

Anggota silih ganti

of Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992

ActIn forceProvision 7 of 38
Seksyen 7
(1)

Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota

Perbadanan yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b), (c) dan (d), melantik seorang menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Perbadanan sekiranya anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa jua sebab.

(2)

Apabila menghadiri mesyuarat Perbadanan, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Perbadanan.

(3)

Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti daripada menjadi anggota silih ganti sekiranya anggota yang berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti daripada menjadi anggota Perbadanan.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 11