Seksyen 8
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
of Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992
Menteri boleh melantik mana-mana anggota Perbadanan untuk menjalankan fungsi Pengerusi semasa apa-apa tempoh yang
Pengerusi oleh kerana apa-apa jua sebab tidak dapat menjalankan fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan dalam jawatan
Pengerusi; dan anggota sedemikian hendaklah, semasa tempoh yang dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah subseksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.
(2)
Sehingga suatu pelantikan dibuat di bawah subseksyen (1) atau jika tiada pelantikan sedemikian dibuat, anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b) hendaklah menjalankan fungsi dan disifatkan sebagai Pengerusi Perbadanan.