Malaysia-Thailand Joint Authority Act 1990 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian XII · Kesalahan dan Penalti
21. Kesalahan lain
Feedback & supportTertakluk kepada seksyen 20 dan 22, mana-mana orang, termasuk pengarah atau pegawai sesuatu pertubuhan perbadanan, yang bertindak dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15 adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya, dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi dua ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas hari pertama yang berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan.