Malaysia-Thailand Joint Authority Act 1990 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian XII · Kesalahan dan Penalti
24. Penalti bagi kesalahan kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan oleh ejen
Feedback & supportMana-mana orang yang akan boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15 kerana apa-apa jua perkara yang dilakukan atau ditinggalkan sekiranya perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri, boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh ejennya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perkara itu.