Skip to content
In forceUpdated to 5 Jan 2015Read it in English

Bahagian V

29. Peruntukan peletakhakan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan bagi setiap perintah dan pada tarikh sedemikian mana-mana harta atau tanggungan Syarikat yang Ditadbir yang dinyatakan oleh

Menteri dalam perintah itu hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Malaysia Airlines Berhad tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.

(2)

Peletakhakan menurut subseksyen (1) hendaklah mempunyai kesan yang dinyatakan dalam Jadual walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang dan hendaklah mengikat mana-mana orang yang terjejas oleh peletakhakan itu.

Report