Act of Parliament · Updated to 5 Jan 2015 · 7 parts
Akta Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2015
Feedback & supportSpecial administration of a national airline and its subsidiariesBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Malaysian Airline System
Berhad (Pentadbiran) 2015.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Akta ini hendaklah terpakai—
selama tempoh lima tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; atau
sehingga penyenaraian dan penyebutan harga syer Malaysia
Airlines Berhad dalam senarai rasmi Bursa Malaysia
Berhad, mengikut mana-mana yang lebih awal.
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan pemberhentian yang lebih awal Akta ini.
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
Walau apa pun subseksyen (1), Akta ini boleh, melalui suatu ketetapan yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen, dilanjutkan selama tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dinyatakan dalam ketetapan itu.
s 3Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“badan kawal selia” ertinya suatu pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi penguatkuasaan undang-undang;
“cadangan” ertinya cadangan di bawah perenggan 17(1)(b);
“hak” ertinya semua hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;
“harta” termasuklah segala harta, alih dan tak alih, dan segala kepentingan, isemen atau hak, sama ada saksama atau di sisi undang-undang mengenai, kepada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;
“Malaysia Airlines Berhad” ertinya perbadanan yang disebut dalam seksyen 23;
“Menteri” ertinya Perdana Menteri Malaysia;
“pegawai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 dan subseksyen 132(6) Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“pelantik” ertinya orang yang melantik seseorang Pentadbir di bawah seksyen 5;
“pemiutang” termasuklah rakan niaga dalam sesuatu perjanjian, kontrak atau perkiraan dengan Syarikat yang Ditadbir;
“Penasihat Bebas” ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 18;
“Pentadbir” ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 5;
8
Undang-Undang Malaysia
“Syarikat” ertinya Malaysian Airline System Berhad;
“syarikat subsidiari yang dinyatakan” ertinya syarikat subsidiari milik separa yang disenaraikan dalam perenggan 4(c);
“Syarikat yang Ditadbir” ertinya Syarikat, syarikat subsidiari milik penuhnya dan syarikat subsidiari yang dinyatakan yang telah diletakkan di bawah pentadbiran di bawah seksyen 4;
“tanggungan” termasuklah hutang, caj dan obligasi daripada tiap-tiap perihalan sama ada pada masa sekarang atau hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau hendaklah dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau tempat lain.
Bahagian II
Pentadbiran
Bahagian III
Cadangan Pentadbir dan Pelantikan Penasihat Bebas
Bahagian IV
Malaysia Airlines Berhad
Bab