Akta Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2015 · Updated to 5 Jan 2015 · Bahagian III · Cadangan Pentadbir dan Pelantikan Penasihat Bebas
17. Pentadbir boleh merundingi semula kontrak atau menyediakan cadangan atau kedua-duanya
Feedback & supportPentadbir boleh, dalam mentadbirkan Syarikat yang
Ditadbir, menurut budi bicara mutlaknya, mengambil salah satu atau kedua-dua tindakan yang berikut:
merundingi semula terma dan syarat mana-mana kontrak atau perjanjian Syarikat yang Ditadbir dengan rakan niaga;
menyediakan suatu cadangan berkenaan dengan Syarikat yang Ditadbir atau apa-apa tuntutan dan tanggungan terhadap atau bagi Syarikat yang Ditadbir.
20
Undang-Undang Malaysia
Cadangan yang disebut dalam subseksyen (1)(b) boleh termasuk apa-apa peruntukan yang difikirkan patut oleh Pentadbir.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), cadangan itu boleh memperuntukkan bagi pemindahan apa-apa harta, perniagaan atau tanggungan Syarikat yang Ditadbir kepada seseorang yang dinamakan dalam cadangan itu—
dengan cara peletakhakan di bawah Bahagian V; atau
mengikut undang-undang yang berkaitan yang terpakai bagi melaksanakan pemindahan harta, perniagaan atau tanggungan itu.
Pentadbir hendaklah, selepas cadangan di bawah subseksyen (1) disiapkan, mengemukakan cadangan itu kepada
Penasihat Bebas dan pelantik.