Skip to content
In forceUpdated to 5 Jan 2015Read it in English

Bahagian VI

36. Section 36

Feedback & support
(1)

Semua perbuatan dan benda yang dilakukan oleh mana-mana orang berkaitan dengan harta, tanggungan, perniagaan dan hal ehwal Syarikat yang Ditadbir sebagai persediaan atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan perbuatan dan benda yang dilakukan hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, jika perbuatan dan benda yang dilakukan adalah selaras dengan niat dan maksud am Akta ini.

(2)

Pemerbadanan Malaysia Airlines Berhad dan semua perbuatan dan benda yang dilakukan oleh mana-mana orang bagi pihak Malaysia Airlines Berhad dan semua hak dan obligasi yang diperoleh atau dilakukan bagi pihak Malaysia Airlines Berhad hendaklah, apabila mula berkuat kuasanya Akta ini, disifatkan sebagai dilakukan di bawah Akta ini dan hendaklah menjadi hak dan obligasi Malaysia Airlines Berhad.

32

Undang-Undang Malaysia

Report

Schedules